DARI SEGI BAHASA
Zakat dari segi bahasa berarti 'bersih', 'suci', 'subur', 'berkat' dan 'berkembang' dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.DARI SEGI ISTILAH
Zakat (Bahasa Arab: زكاة transliterasi: Zakah) dalam segi istilah adalah harta tertentu yang wajib dikeluarkan oleh orang yang beragama Islam dan diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya (fakir miskin dan sebagainya).DALIL
"Hai orang-orang beriman! Nafkahkan lah ( di jalan Allah ) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu."( Surah Al-Baqarah 2:267)
"Maka sesungguhnya Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta benda yang kami sediakan untuk dijual (urud al-tijarah)."
( Riwayat Abu Daud )
HUKUM ZAKAT
Zakat merupakan salah satu rukun Islam dan menjadi salah satu unsur pokok bagi penegakan syariat Islam. Oleh sebab itu, hukum menunaikan zakat adalah wajib bagi setiap muslim dan muslimah yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu.SYARAT WAJIB ZAKAT:
- Muslim.
- Berakal.
- Balig.
- Memiliki harta sendiri dan sudah mencapai nisab.
NISAB DAN KADAR ZAKAT
2.5 %JENIS-JENIS ZAKAT
1. Zakat Fitrah :
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu dan boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.2. Zakat Harta :
Zakat harta ialah zakat yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu dan boleh dibayar pada kapan saja. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.Zakat harta terbagi menjadi beberapa jenis :
- Zakat Uang Simpanan (termasuk Tabunga)
- Zakat Perniagaan (termasuk saham)
- Zakat Pendapatan
- Zakat Binatang Ternakan
- Zakat Emas dan Perak
- Zakat Pertanian
- Zakat Galian (Emas dan Perak)
HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:- Membagikan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
- Membersihkan diri pembayar zakat.
- Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
- Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
- Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
- Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
- Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadah dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
- Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan keuangan.
- Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diridhoi ALLAH SWT.
- Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
Post a Comment for "PENGERTIAN ZAKAT"